Era Gamal Nasser Anwar_Sadat

Anwar Sadat terbabit dalam rampasan kuasa dalam Revolusi Mesir 1952 yang menggulingkan Raja Farouk I.

Pada 1954 beliau dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri. Pada tahun 1969, selepas menjawat banyak jawatan dalam kerajaan Mesir, dia dilantik menjadi timbalan presiden kepada sahabat karibnya Gamal Abdel Nasser. Banyak perkara yang dilakukan oleh Gamal Nasser perlu diperbentulkan demi ekonomi dan politik Mesir. Oleh itu Anwar Sadat melancarkan Revolusi Pembetulan dan membuang segala elemen-elemen sahabatnya Gamal Nasser.